Hari Raya or Hari Merdeka?? well i just saw a video by matlutfi90 (if you love youtubers you must know this malaysian youtubers).. well, as usual, every video that he's made are meaningful... ada bnyk input dan bnyk facts yg kita bole dpt n fikir2kan... tp aku bkn nk ckp pasal video y dia buat 2.. well ada kaitan, aku da pkir psal benda ni lama dah... cuma xtaw nk tulis cmna.. lpas tgok vid dy bru dapat ilham.. cewah..
Independence day... Hari Kemerdekaan... tahun ini masuk tahun ke 54 negara kita merdeka... lebih setengah dekad kita merderka... tiap2 tahun kita melaungkan kalimah keramat MERDEKA... well, some of us, others just tgok org lain sebut.. but, adakah minda kita suda merdeka.. mungkin ya, mungkin juga tidak.. ayat cliché yg org selalu sebut, secara fizikalnya, kita sudah merdeka, namun mentaliti kita masih di takuk lama... well, cliché atau tidak.. itu adalah kebenarannya...
ramai yang tidak tahu apatah lagi faham tentang pembangunan negara bangsa.. bukanlah saya mengatakan bahawa saya arif tentang perkara ini.. tetapi ilmu y saya ada adalah cukup untuk mengatakan saya tahu akan perkara negara bangsa ini... ( apasal guna ayat baku ni? semangat anak pasca merdeka da muncul da) negara bangsa merujuk kepada pengabunggan( well fusion) keatas entiti negara (tempat, geologi) dan bangsa ( budaya dan etnik) dengan menyamakan negara dan bangsa.. jadi bagi kita rakyat Malaysia kita adalah bangsa Malaysia.. bagi sesetengah pihak, pembangunan negara bangsa adalah seperti hendak memusnahkan bangsa etnik seseorang itu.. mereka tidak mahu bangsa mereka lenyap... namun, tujuan negara bangsa itu bukanlah untuk memusnahkan sesuatu bangsa.. dalam negara yang mempunyai berbilang bangsa dan kaum, perasan patriotisme terhadap negara itu sendiri adalah kurang jika di bandingkan dengan semangat kekitaan terhadap bangsa..
melayu, bumiputra sabah, sarawak dan orang asli merupakan tuan terhadap negara ini... kerana mereka lah org pioneer di negara ini.. manakala india dan cina di bawa masuk oleh British.. ini adalah fakta... tetapi, siapakah yang bersama2 menuntut kemerdekaan terhadap tanah melayu dahulu? adakah orang melayu sahaja?? tidak bukan.. semasa menuntut kemerdakaan daripada British, kita boleh bersama2 berganding bahu untuk memastikan negara ini bebas dari penjajah luar.. jd, adakah bangsa cina dan india tidak berhak terhadap negara ini?? jika mereka tidak menganggap negara ini sebagai negara mereka, they will not bother to fight for this independent... masyarakat bumiputra sabah dan sarawak pula telah setuju untuk bergabung dengan tanah melayu.. namun, masih ada sebilangan anak muda bumiputra yang mengatakan, 31 ogos bukanlah tarikh kemerdekaan malaysia.. itu tarikh kemerdekaan tanah melayu.. malaysia secara rasminya terhasil pada 16 september.. dan enggan mengakui tarikh 31 ogos itu... benar, 31 ogos tanah melayu merdeka, 16 sept malaysia tercipta.. namun, adakah sejarah yang tercipta pada 16 sept itu akan terjadi tanpa kemerdekaan tanah melayu pada 31 ogos.. perjuangan memartabatkan tarikh 16 sept adalah perjuangan yang saya sokong, namun, kini setelah tarikh itu diiktiraf dan di martabatkan, seharusnya, muda mudi bumiputra juga mengakui dan mengiktiraf tarikh 31 ogos itu sebagai hari kemerdekaan... dan 16 sept hari malaysia..
pembangunan negara bangsa, pada pandangan saya bukanlah mustahil untuk dicapai... masyarakat perlu untuk lebih bersifat terbuka terhadap satu sama lain.. prejudis dan buruk sangka terhadap bangsa yang lain adalah seperti barah yang akan memusnahkan negara bangsa... bukanlah saya ingin anda semua melontar dan membuang identiti bangsa, etnik sendiri.. tetapi menerima bangsa2 yang lain untuk bersama2 membina negara bangsa.. setiap bangsa itu unik dan istimewa dari bangsa yang lain... dan bangsa lain tidak ada hak untuk menghina bangsa yang lainnya... kekalkan identiti bangsa etnik masing2 dan kita bentuk identiti bangsa malaysia berdasarkan identiti unik dari setiap bangsa..
seorang muslim mungkin berbeza dengan seorang yang beragama hindu..
seorang iban mungkin tidak bertutur bahasa melayu..
seorang india belainan warna kulit dari seorang cina..
seorang bajau tinggal di kawasan yang lain dari seorang orang asli...
namun, perbezaan itulah yang membuat kita SAMA...
ya... kita semua rakyat MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment